anak ayam mutiara LAVENDER BIRU MUDA




LAVENDER BIRU MUDA

NEW UPDATE 10/11/09 1 MONTH


















Ini ada lah kali pertama aku belajar untuk memilihara ayam mutiara... sebelum ini hanya memandang ternakan org sahaja... nampak nya aku dah ada peluang untuk mencuba...Bermula membela ayam ini dari umur seminggu... tak banayk pun.. aku target nak bermula dgn 5 ekor jer dulu... seronok pulak tgk kengkawan lain sibuk membincangkan tentang jenis baka masing-masing...
tapi ayam aku ni jenis baka mana pun aku tak tahu... nanti sama-sama lah kita beri nama kepada jenis baka aku ini...



aku pun tak pasti lagi anak ayam warna ni jenis dari baka mana.. fully white.. dan tentu bukan.. hehehhe...tapi dalam banyak batch yg ditetas kan anak ayam ni jer warna macam ni....Yang sedih nya.. induk yang warna macam ni dah kena curi semasa induk itu tengah mengeram.. geram betul... semua induk2 kepada anak ayam ini ada di Bagan Butterworth...
Menurut kepada penjaga ayam-ayam mutiara ini... setelah lebih kurang 5 pusingan proses bertelur.. baru lah dapat balik anak-anak ayam yg warna yg pelik2 ini... kira aku rasa bertuah lah .. kena kat turn aku.. alhamdullilah.. dah rezeki...



ada lagi sejenis baka lagi...tapi aku tak sempat nak ambik gambar... time tu camera aku tak berapa sihat... tak sempat nak ambik gambar buat kenangan ....cik linda kita dah booking... dan petang 28/10/09 dia datang dari bahau .. ketempat aku di cheras...untuk ambik anak ayam jenis pied tu.. walaupun time tu hujan lebat giler.. seronok member tu bila tgk anak ayam mutiara yg berdada dan kepak putih.. 8 ekor dia beli dari aku...nanti aku nak mintak gambar-gambar anak ayam tu kat dia nak letak kat dalam blog aku ini...


Batch anak ayam yg sedia ada sekarang ni.. utuk aku buat jualan ... kalau anak simpan pun aku ambik 5 ekor jer... sebab dalam incubator masih berbaki 28 biji... harap2 ada lah lagi anak ayam yg berwarna PIED ....kalau ada pun .. semua dah kena booking... tapi tak apa lah .. lagi pun aku cuma tolong sempurna kan amanah tuan punya ayam api-api ini... sebab kat sana market anak ayam mutiara ni.. tak kira jenis apa hanya layak di jual rm6 jer... sedih aku dengar... duit hasil jualan ini pun aku akan beri kepada tuan asal anak-anak ayam mutiara ini... cuma dia pesan .. yg warna putih ini nak di buat baka balik ... memandang kan ibunya telah hilang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ARNAB AKU






INI LAH HASIL DARI KACUKAN INDUK GAMBAR DI BAWAH..





gambar terbaru arnab aku.. aku rasa si betina ni tengah mengandung anak sulung.. hehehe
2 minggu lagi kot...

Sekadar hobi... ada lah sepasang aku pelihara arnab... jenis anggora cross dgn china white (male)


nampaknya.. dah sampai time mengawan...tak sabar nak tgk anak-anak arnab ni...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BAKA KAMBING BOER UNTUK DIJUAL


Salam semua... kat ni aku nak cari pembeli yang sedang mencari baka penjantan..
di sini aku ada nak offer sekor kambing jantan yang berumur 2 tahun lebih.. dah matang sangat-sangat dah... aku cuma tolong pakcik yang aku buat reban ayam aku kat atas BUKIT AMPANG tu... kalau sesiapa yang berminat boleh lah datang ke reban kambing pakcik tu... pasal harga call lah aku ... nanti kita bincang...Memang cantik kambing ni... itu pasal pakcik tu tak nak sembelih utuk jualan daging... all black warna bulunya...

kambing-kambing yg lain pun ada lagi.. kalau pandai bodek dapat lah beli anak-anak baka dari penjantan ini.. (ibu kambing kampung kacuk dgn penjantan ini)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hakim & nurul
















ini lah anak itik yang menetas dari gambar yg di bawah ini.. akim dah cop awal2 anak itik ni..
aku memang tak nak jual anak itik ini .. simpan khas utk si hakim ni..
'akim nak bagi kat mama itik...' mana mama itik ni papa...
' papa.. kelur(loghat pelat) ni siapa punya... akim punya ke... ' haaa... mama itik punya...





papa akim nak buat kerja...akim dah pakai kasut boot ni....


baju busuk mama tak boleh tinggal....

Nak kenal kan .. ini anak aku yang ke-2... Mohd Amirul Hakim... Umur 2 tahun 5 bulan.. dalam umur macam ni.. memang tgh nakal dan tgh belajar dgn apa yg dia melihat .. gambar ni... tgh buat muka seposen.. nak mintak keluar... nak kacau aku bagi makan anak ayam dan pusingkan telur... yg bestnya..macam-macam alasan yg dia bagi....Kereta hakim jatuh lah... nak keluar nak ambik mainan lah.. macam-macam lagi lah... ini lah kalau bebudak tido petang... pukul 1 pagi pun tak tak tido-tido lagi...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS